Google
 

Friends & Bloggers

Tuesday, February 9, 2010

Tak Sabar Nak Pergi Bercuti!

Yeay yeay nak masuk bulan 3 dah!

Bulan 3 = Bulan busy gila sebenarnya = Bulan gedik tak kira tetap nak pergi bercuti jugak! Hehe.

Tak sabar ni. Walaupun tempat tu dah pernah pergi before ni, but tak kira, I tetap nak excited jugak.

A month plus to go! :)

Nak Tempah Baju! Sesiapa ada Contact Person Yang Jahit Bagus?

Saya nak tempah baju kebaya and I have like 5-7 helai kain pasang yang nak ditempah. So ada sesiapa yang ada tempat yang jahit cantik + harga berpatutan? Please leave a comment. Thank you.

Sharing is caring :) Wah dan dan je.

Makan Seafood at Jeram

Peristiwa ini berlaku last week 31-Jan bersamaan hari Ahad, di mana keesokan harinya saya bercuti hari Wilayah wuuuhuuu. Ok dah lepas dah so tak perlu nak overexcited lagi.

Plan ni boleh dikira ad hoc jugak la sebab tak plan pun awalnya. Tiba-tiba je abg suruh siap cakap kawan dia ajak pergi makan seafood kat Jeram. Well, best gak, lagipun makan free kan siapa taknak.


Bertolak time nak maghrib, boleh? Sebab nak kena sampai by 8pm, gila la.


Upon arrival.


Malam tu memang ramai gila orang. Like, a seriously full house! Tapi sebab dah sampai, redah je la.


Malam tu kami makan besar. There were 4 of us, dua suami, dua isteri. Order pun memang stock agak tamak la jugak. Ikan sampai 2 ekor, sotong goreng tepung pun, hmmm tak ingat berapa ketul. And then ada cendawan and kailan ikan masin. Tak agak-agak kan kitorang order?


Tapi sebab ramai orang malam tu, makanan kami siap lambat gila. Air pun sama lambat dapat, hish nasib baik tak lapar tahap kebulur lagi.


Yang buat saya la terutamanya a bit frust, sebab lauk-lauk dia tak berapa mantap, nampak sangat cincainya masak. Even sotong goreng tepung ni pun cili takde, sebab dah habis! Hello, mana sedap makan sotong goreng tepung takde cili nak cicah! Haish, macamana la planner dia plan hehe.

Overall, we had a good night. Insya Allah ada rezeki lebih lagi (kasi wink baik punya ni ;P) kita redah Bagan Lalang pulak ye? (Itu pun jangan dilupakan gelang emas 3 inch I tu yeeee)

Monday, February 8, 2010

I'm Back! Sorry for the Unanswered SMS and Calls.

Back la sangat, pergi keja je tadi bukan tak pergi. Tak ke mana pun saya, ada je kat Malaysia ni lagi.

I had a very depressing weekend. And I'm putting all the blames on abg. Serius kecik hati gila time tu, kecik hati sangat-sangat. We didn't even talk for more than a day!

I also didn't even bother to open my blog and at least responded to the comments. Bukanlah banyak mana pun, nine (9) comments je yang pending huhu.


And last but not least, sila jangan marah, I left my hp at the office today. Tertinggal, and malas nak patah balik, walaupun time tu cuma beberapa tapak je nak patahnya pun. Kat office pun I didn't even bother to hold the hp, malas, takut termissplaced lagi macam Jumaat lepas. Over the weekend pun hp saya habis battery, dan kerana saya masih lagi tidak belajar dari kesilapan, charger tertinggal kat office. Ok this week KENA BAWAK BALIK CHARGER OR ELSE 4 HARI SAYA TAK BOLEH ON HP! Amik kau capital letters lagi!

Itu sahaja. Selamat malam.

Saturday, February 6, 2010

Tolonglah!

1. Tolonglah eja nama saja betul-betul. It's double r ok, bukan satu. Geram betul kalau orang eja nama saya tak betul. It's like, macam tak respect saya langsung! Or kalau malas sangat nak tambah satu r tu, baik tak payah langsung!

2. Tolonglah driver-driver kat luar sana tu considerate sikit. Kalau nak potong tu, tolonglaaaa bagi signal. Janganlah main pandang depan tak pandang kiri kanan pastu terus masuk lane saya. Eeeeee marah betul saya! Berapa kali dah kena. Especially driver kiasu pakcik-pakcik, apek-apek, auntie-auntie yang ingat dia sorang je memandu kat jalanraya tu. Haish!

3. And yang paling penting, tolonglah jangan bagi saya marah, boleh? Saya tak kacau hidup orang pun, then kenapa nak bagi naik amarah saya ni? Eeeeeeeeeee sabar, sabar.

Semenjak Tukar Kerja Ni, Dah Tak Biasa Dah

Tak biasa dengan apa? Ya betul, dengan traffic jam!

Dulu memang hari-hari terseksa main gear lawan traffic jam yang sangat menyakitkan hati especially Jumaat, perghhh teruk gila. Tapi sekarang, since saya bayar tol RM3.60 sehala hari-hari for merely 15 minutes journey memang sangat tak munasabah sebenarnya. Hai nak elak tol punya pasal, nasib laaa. Padan muka. Sebab ada je alternative jalan yang lagi cost saving, tapi traffic jam la, nak? I taknak, you.

Tapi semalam, lepas tol LDP tu, makaih jam gila! Ada dekat 40-60 minutes stuck kat sini je kot? Takde maknanya pakai Smartag ok, in fact yang pakai Smartag lagi lambat!

Mana taknya, dari berapa lane tol jadi 3 lane je at the end. Mau tak sesak, sekali kena serbu macam tu. Lepas tu biasa la, perangai driver-driver kat Malaysia ni, bila nak cepat, main potong queue ikut suka hati mak bapak dia je. Eeeee geram betul!


Sayup mata memandang.


Terhimpit! Arghhh benci benci!

Muhasabah Diri Sikit-Sikit

Tiba-tiba rasa macam... well just let the picture speaks for itself.


Saya ni sebenarnya tak suka dipaksa. Tak suka gila dipaksa. And bila orang paksa-paksa, saiko-saiko selalu ni, itu la yang buat saya lagi taknak buat, taknak dengar, taknak ikut, taknak layan, taknak, taknak, taknak!

Bukan saya nak cakap saya ni perasan bagus. Tapi kalau boleh, just cakap sikit-sikit dah la. Saya bukan bodoh, saya boleh faham (unless you cakap bahasa Tamil ke obviously la saya tak faham kan) So agak-agak la kan.

Semalam ternampak tudung bersepah-sepah kat rumah. Kebetulan lunch time tadi dok borak pasal tudung semua. Then terdetik di hati saya nak try. Hmmmmmm terdiam sejenak.

Apa-apa pun, taknak buat conclusion apa-apa, and saya taknak siapa-siapa komen jugak. Sebab taknak bias hehe.
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin